ABADIKAN GAMBAR DIGITAL KE GAMBAR FIZIKAL



Salah satu keajaiban teknologi fotografi ialah perubahan dlsr filem kepada digital.

Melalui digital dlsr kita dapat melihat terus hasil gambar anda dan jika kurang puas hati kita akan ambil berulang kali hingga mencapai kepuasan anda.

Saya teringat zaman mengguna filem gulung, nak tahu hasil gambar yang diambil. Kena hantar kedai gambar dan kena tunggu 2 atau 3 hari baru dapat hasil. Itupun kalau ada duit nak cuci gambar tu.

Tapi keburukannya ialah filem gulung kena simpan baik-baik untuk elakkan kerosakn dan gambar yang dihasilkan pun kena simpan baik-baik sebab kalau hilang gambar ataubfilem gulung maka tiada penggantinya.

Kalau gambar digital boleh simpan di cloud atau laptop anda. Dan ianya boleh disimpan untuk tatapan anak cucu selama beberapa generasi.

Tetapi dengan ujudnya zaman digital, kita semakin kurang minat untuk mencuci gambar.

Namun untuk saya, kalau gambar yang anda ambil tu bagus apa salahnya di gantung untuk perkongsian dengan tetamu yang yang datang ke rumah anda.

Inilah projek terbaru saya iaitu gambar digital dalam laptop saya print out kepada bentuk fizikal. Gambar yang saya rasa mempunyai nilai pada saya dan juga saya print out gambar keluarga. Alanh-alang  dah buat kan.

Saya letakkan semua gambar ni di bilik khas saya atau bilik komputer saya. Baru nampak nice. Semua gambar saya print 6R supaya nampak jelas. 

Sebagai fotografer, saya galakkan anda print out gambar yang anda ambil kerana selepas ia print anda baru dapat lihat secara fizikal gambar anda ambil ni cantik atau tidak. Untuk saya ia sebagai memori  dan intepretasi kepada tetamu bahawa saya memang berjiwa fotografer walau pun gambar tak cantik..ahahhaha







Post a Comment

0 Comments