TEKNIK MENGAMBIL GAMBAR MAKRO DAUN

TEKNIK MENGAMBIL GAMBAR MAKRO DAUN

Teknik mengambil gambar makro seperti di atas untuk admin adalah bukan pure makro. Makro yang sebenar adalah mengambil gambar sekecil semut hingga sekecil-kecil lagi putik bunga. Itu pendapat admin.

Tapi gambar diatas ini boleh dikategorikan sebagai makro kerana teknik yang digunakan mengambil jaluran daun yang ditunjukkan  Hari ini admin akan tunjukkan teknik mengambil gambar makro daun ini.

Teknik mengambil gambar semut atau putik daun berbeza caranya dalam dunia makro. Jika ada masa admin akan kongsikan pada semua. Buat masa ini admin terangkan bagaimana mengambil gambar daun ini. Sebenarnya ia amat senang sahaja.

Bahan-bahan yang digunakan:
a) Lens 24 - 40mm
b) Daun Mangga ( pilihlah daun yang mempunyai banyak ruas seprti daun mangga baru cantik gambar)
c) Tripod - wajib sebab kita mengguna shutter speed rendah.
d) Lampu suluh- admin gunakan lampu khas yang diguna untuk amik makro tapi mana-mana lampu untuk ambil gambar di atas tiada masalah.
e) Penyepit baju- kasihan admin tiada alat untuk memegang daun mangga dan terpaksa guna penyepit baju.


TEKNIK MENGAMBIL GAMBAR MAKRO DAUN


Tekniknya ialah susun daun mangga dalam bentuk lengkungan sebab kalau anda lengkungkan daun tu ia akan nampak lebih elegan dan mudah untuk buat DOF.

Key penting dalam ambil gambar daun ini supaya urat daun itu timbul ialah suluhkan cahaya di belakang daun etrsebut seperti gambar di atas. Kamu akan nampak jelas dalam kamera tersebut. Ini key point utama dan paling penting dalam mengambil gambar daun ini.

Pastikan tiada bayangan yang akan mengganggu dan cahaya yang digunakan tidak terlalu terang.
Setting kamera yang digunakan ialah Shutter Speed 1/20, f8 dan ISO 100.
Pastikan ISO 100 untuk mengurangkan noise dan f8 kekal.

Anda boleh naikkan atau turunkan shutter speed bergantung pada cahaya lampu anda. Tadi saya cuba pakai shutter speed 1/60 pun gambar nampak sharp.

Kenapa admin ambil guna shutter speed 1/20 kerana admin mengambil gambar dalam keadaan gelap untuk dapatkan background gelap. Sepatutnya lens admin kena gunakan manual tetapi tadi cuba auto fokus masih boleh digunakan mungkin cahaya dari belakang membolehkan autofokus berfungsi.

Jika anda ambil gambar dalam gelap jika autofokus tidak berfungsi, mula-mula ambil gambar lokasi daun yang anda mahu dalam keadaan terang atau lampu terbuka. Setelah dapat fokus area, anda tukarkan ke manual tanpa ubah fokus yang mula-mula anda ambil tadi.

Tutup lampu dan tekan butang klik ajer. Senang sangat kan.

TEKNIK MENGAMBIL GAMBAR MAKRO DAUN
Contoh daun yang tiada lengkungan nampak tak cantikkan

TEKNIK MENGAMBIL GAMBAR MAKRO DAUN
Shutter Speed terlalu rendah pun tak cantik sebab terlalu terang.







Post a Comment

0 Comments