TEKNIK MENGAMBIL LIGHT PAINTNG

TEKNIK MENGAMBIL LIGHT PAINTNG

Hari ini admin nak kongsi ilmu mengambil gambar light painting atau bahasa melayunya hikarimoji. Ianya teknik menggunakan cahaya dari lampu membentuk tulisan atau corak yang kita tentukan.

Seperti gambar di atas admin menggunakan lampu suluh dan mengerakkan lampu suluh tersebut dari bawah cawan tersebut seolah-olah cahaya tersebut keluar dari cawan tersebut.

Caranya amat mudah sebenarnya, dimana kawasan tersebut haruslah betul-betul gelap. Gunakan Shutter Speed serendah yang mungkin, admin guna 1/20 dan gunakan f11 dan ISO kekal dalam 100.
Lens pula harus dalam manual kerana jika auto, anda tidak akan klik button sebab autofokus tidak berfungsi dalam gelap.

Bila anda klik button, mirror dalam kamera tersebut tidak akan naik serta merta kerana suasana gelap ia mengambil masa untuk membakar cahaya.  Pada masa itu anda gunakan lampu suluh biasa atau berwarna samada membuat corak sedemikan atau tulisan. It depend on your kreativiti.

TEKNIK MENGAMBIL LIGHT PAINTNG

Prop yang saya gunakan;
a) Lens 24mm- 44mm
b) Cawan ada ais tube sebab lontaran cahaya dari ais agak cantik. Anda tidak menggunakan apa-apa pun OK dengan hanya membuat tulisan sahaja.
c) Tripod- wajib kerana elak gambau blur.

Itu sahaja.Senang kan. Yang penting setting dulu kamera anda.
Sebelum anda menukar lens anda kepada manual, autofokus dahulu kawasan yang anda mahu lakukan light painting dengan lampu terbuka ler. Lepas anda dah fokus kawasan tersebut tukar teru slens kepada manual.



Post a Comment

0 Comments