TEKNIK MENGAMBIL GAMBAR ULAT BULU

ulat bulu

Admin sekarang mengalami masalah serangan ulat bulu yang gatal ke ladang limau aku .Pehh!!! ladang yang mempunyai satu pasu sahaja pokok limau...hehehehe
Tapi kali ini ulat bulu yang menyerang ladang limau ini tahap giant.. sampai aku pancutkan air  dari getah air..ia tak jatuh -jatuh!!!
Akhirnya admin ambil Ridsect dan spray ulat bulu tersebut!! Tergolek dia jatuh tapi belum mati lagi!!!

Tetiba datang idea admin nak ambil gambar ulat bulu ni.. Apalagi admin ambil penyepit dan masukkan dalam plastik bag dan terus shot! Bini aku kata hati-hati abang, ulat bulu tu gatal nanti abang mengatal lak..hehehehehhe. Aku diam sahaja dan malam tu aku suruh bini admin jadi tukang pegang lampu  kamera..padan muka ...hehehehehehe.

ulat bulu

Jom tengok gambar yang diambil. Teknik yang digunakan sama sahaja off flash teknik iaitu cahaya yang digunakan tidak direct dari kamera ke binatang tersebut tetapi dari tepi dan atas. Jika cahaya diambil dari tepi maka ia akan ujudkan bayang-bayang. Lalu admin suruh bini admin suluh ulat bulu dari bahagiam atas dapat minimakan jumlah bayang-bayang.

Disebabkan aku menggunakan telefoto 250mm tanpa macro maka agak susah nak ambil binatang sekecil ini. So aku terpaksa gunakan ISO paling rendah iaitu ISO100 agar semasa proses cropping, noise tak banyak. Hasilnya ada gambar yang berjaya dan tak berjaya sebab guna manual setting untuk focusing ....  Dan untuk memudahkan focusing aku mengguna Live View kerana LCD dalam gambar boleh dibesarkan 10X. So manual focusing yang baik boleh tercapai....

Manakala untuk exposure tidaklah terlalu rendah dalam 30sec- sebaiknya atas 60sec tapi Canon ada Image Stablizer so kalau bawah 20 sec gambar tak goyang dan untuk aperture admin gunakan f4-5.6.

Gambar setting prop admin tak masukkan sebab penyediaan prop ini mudah cuma pencahayaan perlu pandai main.

Adakalanya kita memang frust kalau nak ambil sesuatu gambar apabila  alatan tidak mencukupi Seperti lensa macro tiada. Kerja kau  dari pendek dari panjang. Manakala remote untuk kamera pun tak der so potensi gambar kamera goyang amat tinggi so admin gunakan timer yang ada kat kamera. Tapi admin percaya dalam bidang kamera ini ..sebelum kau beli apa-apa fahami ilmunya dahulu.

Admin memang dah target nak beli extension tube yang besarkan diameter lensa aku sehingga 72mm termasuk macro lensa. Tak mahal RM500.
Selamat berehat dan melihat gambar ulat bulu ini..sekali pandang macam khin......kekekeke
ulat bulu

Post a Comment

0 Comments